Asshole.

JOM KENAL RONNIE LIU – SI CINA BUKIT DARI DAP

Dalam video yang sedang tular mengenai persidangan DUN Selangor pada 26 Ogos lalu, ADUN Sabak YB.Mustain Othman menyebut bahawa ADUN Sg.Pelek daripada DAP itu adalah sahabat baiknya.
Siapa Ronnie Liu ini?

Ronnie Liu Tian Khiew 63 tahun, lahir di Raub, Pahang pada tahun 1958. Dia adalah Ahli J/K Kerja Pusat DAP yang paling chauvanis kerana sikap anti- Melayu dan anti-Islamnya. Terlalu banyak bukti yang mengukuhkan dapatan bahawa Ronnie Liu ini adalah seorang yang sentiasa memandang hina ke atas orang Melayu dan agama Islam hingga dia di anggap seorang extremis dalam DAP.

Mari kita lihat pelbagai kontroversi melibatkan Ronnie Liu yang membuktikan dia adalah seorang yang cauvanis dan rasis:

DAP Tetap DAP:
Dalam kenyataannya April lalu, Ronnie berkata, DAP tidak tidak akan “mencairkan kecinaannya” hanya kerana mahu mendapatkan sokongan orang Melayu. Katanya DAP mesti memelihara budaya serta semangat perlembagaan parti dan perjuangan politiknya.

Dr. Mahathir Tuduh Ronnie Sangat Extrem:
Pada 17 APRIL 2021, Dr.Mahathir secara terbuka telah menggelarkan Ronnie Liu sebagai seorang yang sangat extrem dalam DAP. Ronnie Liu merupakan orang yang tidak henti-henti mendesak Dr.Mahathir letak jawatan untuk beri laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi PM semasa zaman PH dahulu. Desakan tersebut telah menyumbang ke arah keretakan kerajaan PH ketika itu.

Hasut Rakyat Lawan Agong:
Pada Oktober tahun lepas Ronnie Liu telah dengan sengaja memuat naik satu kenyataan mengenai keadaan di Thailand yang mengadakan demontrasi terhadap rajanya – tindakan beliau dilihat sengaja mahu menghasut rakyat Malaysia untuk turut berbuat demikian terhadap Agong. Tetapi Ronnie Liu telah cepat-cepat memadam hantaran tersebut apabila sedar terdapat reaksi yang keras daripada orang Melayu.

Pembela Pekebun Haram Raub:
Kita masih ingat bagaimana Ronnie Liu mahu dilihat sebagai hero mempertahankan 18 orang pekebun haram ladang durian di Raub Julai lalu. Dia sanggup melanggar SOP merentas sempadan dari Sg.Pelek, Selangor ke Raub, Pahang dan membuat kekacauan di perkarangan Mahkamah Raub.
Siapa kah pekebun haram bangsa Cina yang Ronnie mahu pertahankan itu? Apa kaitan mereka, yang mendapat untung ratusan juta hasil penerokaan haram Hutan Simpan Raub itu dengan DAP?

Ronnie Penyokong Tegar PKM:
Ronnie telah menulis artikel dalam laman web DAP [www.dapmalaysia.org] pada 1 September 2005 kononnya ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng itu adalah pejuang kemerdekaan negara. Kenyataan beliau telah menyinggung perasan para pejuang kemerdekaan kerana pengganas PKM telah membunuh ramai orang awam terutamanya orang Melayu sepanjang perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Komunis. Tulisan itu turut menafikan peranan para pemimpin Melayu sebagai pejuang sebenar kemerdekaan. Kita silap kalau beranggapan tulisan ini hanya pandangan peribadi Ronnie kerana pada tahun ini, seorang lagi pemimpin tertinggi DAP, Nga Kor Ming, juga telah mendesak Kerajaan agar memberi penghormatan yang tinggi kepada pengganas komunis PKM itu.

Halang Operasi Pihak Berkuasa Benteras Sindiket Pelacuran:
Ronnie dilihat sering bersubahat mempertahankan tauke-tauke rumah pelacuran dan perjudian di Selangor apabila kerap menghalang pihak berkuasa yang cuba mengambil tindakan terhadap mereka. Apabila beliau ditahan polis, maka Ronnie akan di bela oleh kuncu DAPnya si Gobind Singh Deo yang akan menjadi peguam beliau.

Kes polis yang melibatkan Ronnie ialah pada 3 November 2007 di mana Ronnie telah disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Bandar Puchong Jaya, Selangor.

Ronnie Saman Menteri Besar:
Pada 6 Oktober 2008, Ronnie Liu telah menyaman bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo kerana didakwa telah memfitnahnya dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran di Selangor. Writ saman beliau telah difailkan melalui firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Di Tangkap Sertai Perhimpunan Haram:
Pada 12 November 2008 Ronnie telah ditangkap kerana berkumpul di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam dan di bawa ke Balai Polis Puchong tetapi dibebaskan dengan jaminan lisan RM2,000 kemudiannya. Pihak PDRM menjelaskan penahanan Ronnie Liu bukan atas alasan politik tetapi kerana beliau telah menghalang tugas penjawat awam pada tahun 2007.

Desak Adakan Sistem Pilihan Raya dalam Majlis PBT:
Pada 29 Mei 2008, Ronnie telah mencadangkan agar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipilih melalui sistem pilihan raya. Sehubungan itu Kerajaan Pusat atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hendaklah meminda Akta Kerajaan Tempatan 1956.
Di atas kertas idea ini memang nampak cantik tetapi ianya adalah agenda halus DAP untuk melarutkan kuasa dan peranan orang Melayu dalam kawasan bandar. Sekiranya Ahli Majlis PBT dipilih melalui sistem pilihan raya maka amat jelaslah ia akan 100 % dikuasai oleh orang Cina yang sememangnya mendominasikan kawasan bandar. Ini akan menyebabkan orang Melayu semakin terpinggir daripada arus pembangunan negara kerana majoriti mereka tinggal di luar bandar.

Justeru jangan lah diremehkan pengaruh Ronnie Liu dalam arus politik negara kerana beliau mewakili sentimen akar umbi penyokong tegar DAP. Sebenarnya orang seperti beliau ini adalah tidak layak memegang sebarang jawatan awam di negara ini kerana sikap rasisnya itu.

Kassim Che’Pa
Shah Alam